Ke Mana Kaki Melangkah...

Ku Hayati Keindahan Ciptaan Allah...

O-tanjoubi omedetou gozaimasu

O-tanjoubi omedetou gozaimasu Sha-chan
Selamat Hari Lahir Shazana


Happy Birthday Sha

Sanah Helwa Ya Shazana...

Terima kasih, syukran jazilan, domo arigatou gozaimasu, kepada Ayah, Mama, Ili, aunts, uncles, cousins, saudara mara, guru-guru, rakan-rakan dan junior2 yang tidak melupakan tarikh hari lahirku, menelefon, menghantar SMS, email, mengucapkan Selamat Hari Jadi. Yg memberi kad dan hadiah pula, terima kasih banyak2. 
Terharu rasanya mendengar doa-doa kalian, semoga Allah kabulkan. Bukan setakat itu, hati ku juga terhibur dengan nyanyian "Happy Birthday" dari tengah malam tadi, sehingga awal pagi ni. Jawab je call, kedengaran lagu Happy Birthday. So sweet...especially nyanyian Mama Jang yg wat suara ala2 kanak2 5 tahun...hahaha. 
Malam tadi terima juga SMS dari Ili, adik kesayangan ku yg sudah pulang ke campus, " Buka la almari baju Ili, ada something utk Kak Long"...Adik ni wat surprise2 lak. Saya buka almarinya, ada la kad birthday dan Big socks. Buka stokin besar tu, ada hadiah...Oh, my sis, Thank you so much! What a lovely gifts... :) 
To Mama & Ayah: Terima kasih tak terhingga atas segala-galanya. Kalian sangat bersabar menjaga, membesarkan ku, menyayangi ku, mendidik, melayan kerenah ku dan perangai ku selama 25 tahun ini... I LOVE U, MAMA & AYAH!



Alhamdulillah...16 December 2009, usiaku genap 25 tahun! menjangkau suku abad :)
Semoga dengan pertambahan usia dan peluang hidup yg Allah berikan ini, diriku akan menjadi insan yang lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini. Pertambahan usia ini memberiku persoalan, adakah semakin hari semakin bertambah amalan, pahala dan ibadahku kepada Allah atau semakin bertambah usia ini semakin banyak dosa terhimpun. 
Betapa kita harus muhasabah diri setiap hari, menilai prestasi diri, bukan hanya pada urusan duniawi, tetapi ukhrowi.  


" Ya Allah, ku panjatkan kesyukuran kepadamu atas rahmat usia ini dan segala kurniaanmu. Jadikanlah aku sebagai hamba-Mu yg solehah, yg mensyukuri nikmatmu dan bantulah aku untuk mendekatkan diriku lebih dekat kepadamu, mencintaimu lebih dari segalanya, sabar dan redha atas segala ujian-Mu, bawalah aku ke arah kebaikan dan jauhkan diriku dari segala kemungkaran yang membawa kepada kemurkaan-Mu. Ya Allah, ampuni dosa-dosaku dan dosa kedua ibu bapaku dan kasihi mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak aku kecil. 
Ya Allah, ampuni dosa-dosa ahli keluargaku, guru-guru ku dan sahabat-sahabat ku, dan jadikan kami di kalangan hamba-hamba Mu yg soleh dan solehah, dan bantulah kami untuk mendapatkan keredhaan Mu, menjadi penghuni syurga Mu, dengan usia dan kesempatan yg Engkau kurniakan kepada kami. Aamiin..."





Deers in Nara


Salam my beloved readers...
"Selamat Hari Raya Aidiladha"! Maaf, terlambat wish...apa yg penting konsep Korban itu yg perlu difahami, dihayati dan dilaksanakan.


Alhamdulillah, saya sudah selamat pulang ke tanahair! Belum hilang penat travelling jauh Japan-Malaysia, saya perlu travel lagi...Malaysia - Indonesia pula. Kali ini saya tidak kisah penat asalkan rindu kepada keluarga terlerai!
Dengan izin Allah, Alhamdulillah, saya berpeluang menyambut Aidiladha bersama mama, ayah dan adik di Chilegon, Banten, Indonesia. 


Sebelum saya berkongsi pengalaman menarik menyambut lebaran di rantau orang, saya ingin berkongsi gambar-gambar yg dirakam semasa saya melawat Nara, sebelum pulang ke Malaysia.

Saya melawat Nara bersama Hara san dan keluarganya.  Perjalanan lebih kurang 45 min menaiki train dari Namba station, Osaka, ke Nara Station. 

Nara was the capital of Japan from 710 to 784. I like Nara because of her big park, historical places, a lot of traditional elements at the shops, buildings, etc, and the most interesting part is the Deers.


Beberapa minit berjalan dari Nara station, saya rasa seolah-olah berada di taman Rusa :) 
Terdapat sebuah taman yg amat luas dan berkeliaran rusa-rusa di taman tu. Pelancong atau orang ramai boleh bersiar-siar di taman ini sambil bermesra dengan rusa-rusa. 
Ada juga pengunjung yg bersantai di taman ini sambil rusa duduk di sebelahnya. 
Orang ramai digalakkan membeli makanan rusa yg dijual di bahu jalan dan beri rusa-rusa makan. 
Harga sekitar 100 yen sahaja (lebih kurang RM4). 

Tapi rusa-rusa di taman ni, tak penyabar! Pantang je tangan kita memegang makanannya, beramai-ramai lah yg datang ke arah kita inginkan makanan yg ada di tangan kita tu. 

Seorang kawan Jepun saya agak fobia ke taman ini kerana sewaktu dia berusia 4 tahun, seekor rusa menendangnya sehingga jatuh disebabkan inginkan makanan yg ada di tangan kawan saya.

Saya agak kagum juga dengan rusa-rusa ni, walaupun jalan raya bersebelahan dengan tamannya yg tidak berpagar, tak ada pula rusa-rusa tu saya lihat bermain di jalan raya. Bijak juga! ;)
 
Rusa ni pun bijak! Makanan dah habis di tangan saya, ia pun berlalu pergi...


Yuki, anak Hara san, sangat suka pada rusa. Rusa-rusa tu pun suka kat dia. Diam je bila Yuki ni belai-belai hidungnya. 



Dari puncak ni dapat lihat Nara City; yg dibelakang kami tu.

Hara san sekeluarga membawa saya melawat Todai-ji, Nara Park, dan historical places sekitar Nara Park. I enjoyed shopping Japanese omiyage (souvenirs) such as Japanese Paper Doll, fan, etc. in Nara since the price are much cheaper than Osaka and Kyoto. Moreover, many traditional stuff can easily be found here.







Melihat sendiri proses unik membuat sejenis kuih tradisional Jepun, 'Mochi' (dari tepung pulut; berinti kacang)
More information about 'Mochi': http://en.wikipedia.org/wiki/Mochi 



 
Sewaktu bersiar-siar di Nara City, saya nampak banyak kedai menjual Kimono. Cantik-cantik, tapi harganya mahal! huhuhu...
Sewaktu menyuarakan hasrat ingin membeli Kimono, isteri Hara san beriya mencarikan kedai Kimono yang berpatutan harganya. Akhirnya, kami temui sebuah butik yg sedang membuat 'Jualan Hebat' :) 
Discount up to 50%. Apa lgi, saya mula la mencari2 kimono yang sesuai untuk saya dan adik. Disebabkan jualan hebat dengan diskaun yg banyak, kimono yg ada terhad. Tak terlalu banyak pilihan.. Ada kimono yg murah betul, dalam RM 50, tapi second hand punya.  Saya minta tolong isteri Hara san memberi nasihat dalam memilih kimono yang sesuai. Akhirnya, inilah kimono yg saya dapat beli. Alhamdulillah...





Nantikan post seterusnya tentang Aidiladha di Indonesia...

Ahlan wasahlan...

Today is...

About Me...

About Me...
Anak Ayah Mama, kakak Syazwani; Shazana Mustafa nama diberi, Pandanglah aku dengan mata hati; Akan kau temui ketulusan budi...

Shazana

Shazana
Laksana sinar suria
Di pagi hening bercahaya
Bagai lukisan yang sedih engkau riangkan
Dengan tawa senda gurauan
Inginku nyatakan padamu

Namun mungkin jua tak perlu
Kerna pasti nanti
Kau tak akan mengerti
Kiranya kita tak pernah bertemu

Wajahmu tak mungkin ku rindu
Andainya hati kita tak pernah bersua
Pasti mudah ku lupakan semua
Kerana ku rasa bersalah

Mengambil dirimu darinya
Dia menyintai dengan sepenuh hati
Dengan tulus murni
Kasihmu Shazana
Cintamu Shazana
Untuk dia yang masih menunggu
Kasihmu Shazana

Cintamu Shazana
Bukan untukku
Lagu: Aidit Alfian Lirik: Aidit Alfian


An-Nuur...

There was an error in this gadget

Bicara dengan ku...