Ke Mana Kaki Melangkah...

Ku Hayati Keindahan Ciptaan Allah...

Kaiyukan Aquarium and Tempozan Giant Wheel

Assalamualaikum...Ogenki desuka (Apa khabar?)

Visit to Kaiyukan Aquarium and Tempozan Giant Wheel, Osaka

Minggu lepas, saya cuti 3 hari, Sabtu, Ahad dan Isnin (Japan Sports' Day), maka ada la masa untuk jalan-jalan sekitar Osaka dan kawasan2 yg berhampiran dgnnya mcm Kyoto dan Nara.
Kawan saya, Kusunoki san, buatlah plan utk 3 hari ni- Sabtu jalan2 sekitar Osaka, Ahad ke Kyoto, Isnin ke Nara. 


Ramai kawan2 yg suggest, visit Kaiyukan Aquarium dan Tempozan Giant Wheel di Osaka. Sewaktu pertama kali ke Osaka, thn 2005 dulu, dah nampak Tempozan Giant Wheel tu, tapi dek kesuntukan masa, saya dan ahli rombongan dari UIA tak berkesempatan ke situ. Tp masa tu tak kisah sebab rasa takut juga nak naik ferris wheel yg tinggi sgt tu. Gayat!

Kali ni, Alhamdulillah, ada rezeki saya ke Kaiyukan Aquarium; one of the largest aquariums in the world dan naik Tempozan Giant Wheel, one of the largest ferris wheel in the world. Semuanya the largest, the most advanced, the most itu, the most ini, huh, tak nak kalah langsung negara matahari terbit ni! hmm, Usaha tangga kejayaan... :)

OK la, kita lihat gambar2 sewaktu saya ke Kaiyukan Aquarium dan giant wheel bersama Kusunoki san, adiknya Ho-chan dan anak Ho-chan, Kazu-kun.


Dolphins ni asyik berenang ke sana ke sini, laju je, sebab kolam dia besar, sampai ke lantai bawah tu tembus ke aras bawah, masih kolamnya. Gambar ni diambil masa di aras atas. Bila pelawat jalan ke aras bawah pula, masih boleh tengok dolphins ni berenang. Nice! :)







Gambar kanan: Ikan yang besar ni Whale Shark. Ikan paling famous di Kaiyukan Aquarium.
 






Ikan innocent face, dgn mata bulatnya, buat muka malu2 lak nk ambil gambar...


Gambar kanan: Ni 'Mangbo' @ Sunfish. Nama je Sunfish, tapi ikan ni sensitif kepada cahaya. Kalau nak ambil gambar Mangbo ni, tak boleh guna flash.

Tempozan Giant Wheel dah nak sampai puncak! Sha dan Ho-chan rasa gayat sangat bila tengok bawah. Tapi Giant Wheel ni berpusing perlahan, maka tak la rasa takut atau pening. Jangan fikirkan gayat;enjoy the breathtaking view of Osaka from the Giant Wheel. Kelihatan Kaiyukan Aquarium dari atas Giant Wheel ni.

Sebahagian bandar Osaka dari Giant Wheel.

Banyak sangat gambar menarik yang sempat Sha rakamkan di Kaiyukan Aquarium dan Tempozan Giant Wheel. Insya'Allah, ada kesempatan, Sha letakkan gambar-gambar menarik yang lain.


Kusunoki san, Ho-chan and Kazu-kun, Arigato gozaimasu...What a lovely day!

Punctual, efficient, small, expensive...

Le Botejour Hotel, Namba


Dari Airport ke Le Botejour Hotel yg terletak kat area Namba, saya naik bas ke station OCAT. Tambang 1000 Yen (lebih kurang RM 40). About an hour journey. Saya memang kagum la dengan sistem pengangkutan di Jepun. Bas tiba tepat pada masanya.
Nak naik bas ni pun ada sistem juga...Beratur di hentian yang sepatutnya, letak bagasi sebelah anda, tunjukkan tiket, petugas akan tag bagasi anda (mcm dlm gambar sebelah. Yg tag putih Plane nye, yg merah tu Bus nye) dan beri baggage card utk claim bagasi bila dah sampai station yg dituju nanti. Mcm naik plane la pula :)  
Bas sampai, petugas masukkan bagasi di bahagian penyimpanan barang dlm bas, kita naik la bas...
Dalam bas, ada jurucakap yg welcome kita naik bas dan beri taklimat ringkas tentang aspek2 keselamatan dan estimated time utk tiba di station (hanya rakaman suara, tp gaya mcm pramugari ckp kat plane). 

Tiba di OCAT station, saya naik teksi ke hotel. Sebenarnya kalau berjalan kaki dalam 10 minit boleh sampai, tapi bagasi saya yg besar dan banyak, tak sesuai utk berjalan kaki. Tambang teksi untuk perjalanan lebih kurang 5 minit, 900 Yen (approx. RM 36)! Huh...'amat murah'. Pemandu teksi, pemandu bas, semuanya berpakaian seragam, siap pakai tie lagi. Bagus juga pakai uniform ni, at least pemandu bas dan teksi pun kelihatan smart, mcm officer!

Alhamdulillah, tiba di hotel. Early check-in. Tak sabar nak masuk bilik dan berendam dlm bath tub dgn shower foam yg wangi...setibanya di dalam bilik..."Comelnya bilik ni!" Tinjau pulak toiletnya..."Alahai, lagi comel!" :) Tapi ada alat kawalan closet, kawal suhu tempat duduk, pressure air, bidet and shower control. Teringat lak toilet favourite kat NEC :)

Harga dah la mahal. Ruang sgt kecil. Shazana ni, merungut lak...Syukur la ada juga tempat berteduh, bersih dan selesa. Comforter best! :) Ada pula jam loceng kecil letak di katil. Atas katil pula dah disediakan 'Yukata', baju tidur ala2 kimono. Biasanya Japanese pakai Yukata sebagai baju tidur dan juga dipakai pada waktu summer. Ada free LAN connection (ni best! leh surf & chat setiap hari),TV kecil 15", peti sejuk kecil, air-cond, meja, kerusi, tempat sangkut baju dan hanger, etc...almari? tak ada! huhuhuhu.... syukur la saya bawa hanger banyak. Boleh la gantung baju, tudung, sweater...Nak cuci baju, 500 Yen (RM20) sekali basuh. Dryer 500 Yen juga. So total utk sekali basuh baju dan keringkan baju = 1000 Yen (RM40) Uwa....mahalnya!


Suria pagi menyambut ketibaanku di Negara Matahari Terbit


Assalamualaikum...
Catatan perjalananku dari Malaysia ke Osaka, Jepun:-

3-Oct-09: Berlepas ke Kansai International Airport, Osaka, Jepun, menaiki pesawat Japan Airlines. Awal-awal lagi dah terasa bertukar environment bila dengar pramugari bercakap Nihon go (Bahasa Jepun). Dari pintu perlepasan sudah jelas kedengaran pengumuman dlm bahasa Jepun, berterusan sehingga ke dalam pesawat. Sesekali tersenyum sendirian bila sebutan perkataan Inggerisnya tidak tepat... 

Sebaik shj pesawat mencecah ruang udara KLIA, tiba-tiba hati ni sebak la pula...ish Shazana ni, emo betul!:P Seat sebelah tak ada org; pesawat agak lengang sebab penumpang baru akan naik di Singapore. Jadi bolehla melayan sekejap perasaan sedih bercampur aduk gembira, macam-macam la...teringat mama peluk erat sebelum berlepas, bersama amanat2 yg diberi. "Jaga diri, jaga solat, mama sayang Kak Long...etc, etc..." Terkenang pula ahli keluarga ku terpisah dek jarak; Mama akan ke Jakarta menemani Ayah, Ili tinggal di UIA meneruskan kuliah dan diriku di Negara Matahari Terbit. Hmm...semuanya kerana tanggungjawab! Tgh dok layan2 perasaan, tiba-tiba peramugari manis ni sapa, beri orange juice dan kacang. Mata dh kuyu, ngantuk! Terlalu penat, mcm2 urusan di selesaikan sebelum meninggalkan tanahair.


Tiba-tiba, pengumuman nak mendarat di Singapura. Cepatnya masa berlalu...dah hampir sejam di awan biru rupanya! Transit 45min di Changi International Airport, Singapura. Jam 11 malam berlepas ke Kansai.
Melayan Transformers, Bumble Bee tengah lawan2, tiba-tiba rasa saya lak join sekali! hahaha di alam mimpi...saya TIDUR!


Sesekali pesawat goyang2, terjaga! Tidur semula, terjaga...huh, bila la nak sampai ni...letih! Dari tingkap pesawat, saya nampak matahari terbit! Cantik!!! Terasa macam suria pagi mengucapkan "Hajimemashite! Youkoso Nihon e (Welcome to Nihon)"

4-Oct-2009:Akhirnya, selamat mendarat di Kansai International Airport jam 6:40 a.m (JLT). Cuaca di Osaka begitu baik, cerah dan terasa sejuk hawa pagi. Alhamdulillah, saya kini di Negara Matahari Terbit!


(Gambar tu org belum mandi! haha...Beg merah isi Laptop, bagasi kecil isi pakaian, bagasi besar isi apa? ;) FOOD! ada sedikit buah tangan utk teman2 di Jepun, stok Brahims, mee segera, biskut, etc...)

My First Blog


Assalamualaikum...
Hello!
Welcome to my blog!
Ini adalah blog pertama Sha. Gembira dpt juga buat blog ni walaupun niat nak buat blog dah lama. Asyik lawat blog adik, kawan2, dan orang lain je. Alhamdulillah, ada juga kesempatan utk menulis di blog yang tak seberapa ini.
I'm a new blogger; still need to customize my blog and post more entries from time to time.
Belum puas hati lagi dengan wajah blog ni. This is not the real image that I want my blog to be...
Please wait for new and real image of my blog in couple of days.
I'm writing this post in Osaka, Japan. That's why the above picture shows:'Welcome to Kansai'... :)
OK, see you next time with interesting stories and experience I wanna share about my days in Japan.
To Adik: Syukran jazilan for inspiring me with your good writings in your attractive blog!

Ahlan wasahlan...

Today is...

About Me...

About Me...
Anak Ayah Mama, kakak Syazwani; Shazana Mustafa nama diberi, Pandanglah aku dengan mata hati; Akan kau temui ketulusan budi...

Shazana

Shazana
Laksana sinar suria
Di pagi hening bercahaya
Bagai lukisan yang sedih engkau riangkan
Dengan tawa senda gurauan
Inginku nyatakan padamu

Namun mungkin jua tak perlu
Kerna pasti nanti
Kau tak akan mengerti
Kiranya kita tak pernah bertemu

Wajahmu tak mungkin ku rindu
Andainya hati kita tak pernah bersua
Pasti mudah ku lupakan semua
Kerana ku rasa bersalah

Mengambil dirimu darinya
Dia menyintai dengan sepenuh hati
Dengan tulus murni
Kasihmu Shazana
Cintamu Shazana
Untuk dia yang masih menunggu
Kasihmu Shazana

Cintamu Shazana
Bukan untukku
Lagu: Aidit Alfian Lirik: Aidit Alfian


An-Nuur...

There was an error in this gadget

Bicara dengan ku...