Salam my beloved readers...
"Selamat Hari Raya Aidiladha"! Maaf, terlambat wish...apa yg penting konsep Korban itu yg perlu difahami, dihayati dan dilaksanakan.
Alhamdulillah, saya sudah selamat pulang ke tanahair! Belum hilang penat travelling jauh Japan-Malaysia, saya perlu travel lagi...Malaysia - Indonesia pula. Kali ini saya tidak kisah penat asalkan rindu kepada keluarga terlerai!
Dengan izin Allah, Alhamdulillah, saya berpeluang menyambut Aidiladha bersama mama, ayah dan adik di Chilegon, Banten, Indonesia.
Sebelum saya berkongsi pengalaman menarik menyambut lebaran di rantau orang, saya ingin berkongsi gambar-gambar yg dirakam semasa saya melawat Nara, sebelum pulang ke Malaysia.
Saya melawat Nara bersama Hara san dan keluarganya. Perjalanan lebih kurang 45 min menaiki train dari Namba station, Osaka, ke Nara Station.
Nara was the capital of Japan from 710 to 784. I like Nara because of her big park, historical places, a lot of traditional elements at the shops, buildings, etc, and the most interesting part is the Deers.
Beberapa minit berjalan dari Nara station, saya rasa seolah-olah berada di taman Rusa :)
Terdapat sebuah taman yg amat luas dan berkeliaran rusa-rusa di taman tu. Pelancong atau orang ramai boleh bersiar-siar di taman ini sambil bermesra dengan rusa-rusa.
Ada juga pengunjung yg bersantai di taman ini sambil rusa duduk di sebelahnya.
Orang ramai digalakkan membeli makanan rusa yg dijual di bahu jalan dan beri rusa-rusa makan.
Harga sekitar 100 yen sahaja (lebih kurang RM4).
Tapi rusa-rusa di taman ni, tak penyabar! Pantang je tangan kita memegang makanannya, beramai-ramai lah yg datang ke arah kita inginkan makanan yg ada di tangan kita tu.
Seorang kawan Jepun saya agak fobia ke taman ini kerana sewaktu dia berusia 4 tahun, seekor rusa menendangnya sehingga jatuh disebabkan inginkan makanan yg ada di tangan kawan saya.
Saya agak kagum juga dengan rusa-rusa ni, walaupun jalan raya bersebelahan dengan tamannya yg tidak berpagar, tak ada pula rusa-rusa tu saya lihat bermain di jalan raya. Bijak juga! ;)
Rusa ni pun bijak! Makanan dah habis di tangan saya, ia pun berlalu pergi...
Yuki, anak Hara san, sangat suka pada rusa. Rusa-rusa tu pun suka kat dia. Diam je bila Yuki ni belai-belai hidungnya.
Dari puncak ni dapat lihat Nara City; yg dibelakang kami tu.
Hara san sekeluarga membawa saya melawat Todai-ji, Nara Park, dan historical places sekitar Nara Park. I enjoyed shopping Japanese omiyage (souvenirs) such as Japanese Paper Doll, fan, etc. in Nara since the price are much cheaper than Osaka and Kyoto. Moreover, many traditional stuff can easily be found here.
Melihat sendiri proses unik membuat sejenis kuih tradisional Jepun, 'Mochi' (dari tepung pulut; berinti kacang)
Sewaktu bersiar-siar di Nara City, saya nampak banyak kedai menjual Kimono. Cantik-cantik, tapi harganya mahal! huhuhu...
Sewaktu menyuarakan hasrat ingin membeli Kimono, isteri Hara san beriya mencarikan kedai Kimono yang berpatutan harganya. Akhirnya, kami temui sebuah butik yg sedang membuat 'Jualan Hebat' :)
Discount up to 50%. Apa lgi, saya mula la mencari2 kimono yang sesuai untuk saya dan adik. Disebabkan jualan hebat dengan diskaun yg banyak, kimono yg ada terhad. Tak terlalu banyak pilihan.. Ada kimono yg murah betul, dalam RM 50, tapi second hand punya. Saya minta tolong isteri Hara san memberi nasihat dalam memilih kimono yang sesuai. Akhirnya, inilah kimono yg saya dapat beli. Alhamdulillah...
Nantikan post seterusnya tentang Aidiladha di Indonesia...